Eksklusif: Rumusan Diskusi Pemuda UMNO Johor. PDF Print E-mail
Written by Bagong Perkasa   
 

Berikut adalah Rumusan Diskusi Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor yang bertajuk "Hala Tuju Kepimpinan Dan Masa Depan Orang Melayu" yang telah diadakan pada 20hb April 2008 bertempat di Grand Ball Room Aras 25 New York Hotel Johor Bahru.

DISKUSI PEMUDA JOHOR
‘Hala Tuju Kepimpinan dan Masa Depan Orang Melayu’
anjuran
Badan Perhubungan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor 

 

JAWATANKUASA INDUK DISKUSI PEMUDA JOHOR

PENASIHAT
YB Razali Hj Ibrahim

PENGERUSI
Sdr. Hj Abdullah Bin Md Yusof

TIMBALAN PENGERUSI
Sdr. Syed Hood Bin Syed Edros

TIMBALAN PENGERUSI 2
Sdr. Khaled Bin Mohamed

SETIAUSAHA
Sdr. Hj Mohd Fuad Bin Tukirin

BENDAHARI
Sdr. Hatta bin Hj Mohd


AHLI JAWATANKUASA

YB Md. Jais Bin Sarday    YB  Hj. Rasman Bin Ithnain
YB Ayub Bin Rahmat     Sdr. Hj. Suhaimi Bin Khalid
Sdr. Jaigani Bin Jaafar    Sdr. S. Razali Bin Alias
Datuk Hj.Jefridin Bin Atan    Sdr. Mohd. Youzaimi Bin Yusof
Sdr. Rusdin Bin Mahamud   Sdr. Hj. Mazlan Bin Katimon
Sdr. Nor Azman Bin Abd. Rahman  Sdr. Mohammaden Bin Ahmad
Sdr. Mohd. Zan Bin Abu   Sdr. Mohd. Fadil Bin Muskon
Sdr. Mohammad Khairi Bin A. Malik  Sdr. Zakaria Bin Dullah
Sdr. Hj. Abdul Razak Bin Hj. Budu  Sdr. Zahari Bin Sarip
Sdr. Nordin Bin Omar    Sdr. Zaidi Bin Japar
Sdr. Yazid Bin A. Samad

SETIAUSAHA KERJA
Sdr. Hairull Bin Ismai


PETIKAN UCAPAN PERASMIAN
YB RAZALI HJ IBRAHIM
KETUA PEMUDA UMNO NEGERI JOHOR

Perjumpaan hari ini, bertujuan untuk meraikan petugas Pemuda disepanjang pilihan raya ke 12 kerana belum sempat bertemu. Maka kesempatan ini baik digunakan juga untuk mendapat maklumbalas bukan dalam bentuk RESOLUSI tetapi CADANGAN untuk dibukukan “Buku Diskusi Pemuda  Johor”.

Manusia perlu ada perasaan tidak puashati kerana dalam hidup tiada kesempurnaan dan rasa tidak puashati itu akan menyebabkan kita berusaha memajukan diri. Tetapi perasaan tidak puashati ada had dan batasan agar keputusan yang dibuat harus berdasarkan kewarasan, rasional dan bukan dalam keadaan marah.

Merangka pelan tindakan bagi topik-topik dalam setiap bengkel sebagai satu saluran dari akar umbi kepada pucuk pimpinan.

UMNO SEBAGAI PARTI ORANG MELAYU
UMNO masih satu-satunya parti yang mampu menjaga kepentingan melayu. Cuma pendekatan perlu diperhalusi melihat kepada landskap baru politik hari ini sebagai contoh, Kita terima hakikat bahawa umum seolah-olah menolak DEB kerana mereka tidak merasai tapi kita sedar bahawa orang melayu masih perlu dibela walaupun ada orang melayu sendiri secara terbuka menentang pembelaan ini. Kita terpaksa berhadapan dengan kejayaan sendiri walaupun kedaifan ilmu dan kemiskinan masih wujud. Perjuangan perlu melihat pada suasana dan bukan secara pukal tapi hendaklah secara lebih tepat kepada sasaran.

FORMULA KERJASAMA BARISAN NASIONAL
Mengimbau semula perjuangan Dato’ Onn dulu. Mungkin telah tiba masa untuk sasaran itu dipertimbangkan semula dengan mengambilkira lanskap hari ini.

PERANAN AHLI PARTI, PEMIMPIN DAN PEMUDA
Ruang perlu diberikan agar Pemuda dapat menilai citarasa generasi muda setelah Pemuda dipersiapkan. Pemuda Johor perlu bertekad agar calon-calon yang dipilih diperingkat Cawangan, Bahagian dan Pusat adalah pemimpin yang mampu membawa kepada perubahan dan anjakan dalam landskap politik hari ini. Kita perlu lihat kepada cabaran yang terdekat. Sikap, watak  dan tanggungjawab kita hari ini perlu dipancarkan. Calon-calon yang mengamalkannya, dilihat atau persepsinya menggunakan politik wang, angkuh dan kejar kuasa hendaklah ditolak.

HARAPAN DAN KEHENDAK ORANG MUDA HARI INI
Kita mahu pemimpin yang amanah dalam kepimpinan dan benar-benar ikhlas menjaga kepentingan Negara termasuk orang muda. Mereka mahu suara mereka didengar dan sebenarnya ingin sama-sama menyumbang kerana mereka sayang akan masa depan mereka. Selama ini mereka tak pernah dipelawa dan diberi ruang untuk bersama.

Melayu masih berusaha untuk melepasi ditahap BERSATU jika dibandingkan dengan kaum lain yang telah mencapai tahap BERKHIDMAT dan insiden sejak 1957 yang tidak henti-henti terpaksa dilalui setiap 10 tahun kerana perpecahan yang berlaku. Baru sahaja bersatu dan mula hendak berkhidmat kepada bangsa, kita akan kembali bercakaran menyebabkan perancangan tergendala. Sehingga kini, kebanyakkan program yang dianjurkan dengan mengambil masa, tenaga dan wang ringgit kita hanya untuk menyatupadukan orang Melayu. Bilakah kita benar-benar dapat berkhidmat untuk bangsa kita.

UMNO mengunakan slogan BERSATU, BERSETA dan BERKHIDMAT sejak dahulu lagi. Cogankata yang ketiga BERKHIDMAT kita masih lagi relevan bagi orang-orang UMNO dari dulu hingga ke akhir ini tetapi BERSATU masih tidak dapat disempurnakan sampai sekarang. Orang Melayu masih berpecah belah di dalam mahupun di luar parti, kalau diimbas kebelakang masih ada sahaja masalah akan timbul bagi meretakkan hubungan orang-orang Melayu.

DISKUSI PEMUDA JOHOR
‘Hala Tuju Kepimpinan dan Masa Depan Orang Melayu’
anjuran
Badan Perhubungan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor

Pemuda Johor yang dikumpulkan hari ini adalah dengan tujuan untuk bertemu dengan kepimpinan Pemuda akar umbi yang mewakili 26 bahagian dari seluruh Negeri Johor bagi menyatakan rasa bangga dan terima kasih di atas peranan yang dimainkan oleh seluruh jentera Pemuda di dalam pilihan raya umum ke 12 sejak hampir 42 hari keputusan pilihan raya dicapai iaitu 8 Mac 2008. Dalam masa yang sama, selama tempoh tersebut sudah tentulah pelbagai maklumbalas yang mereka perolehi berikutan keputusan yang tiada sesiapa jua dapat menjangkakannya. Maka pada hari ini Ahad, 20 April 2008, selaku kepimpinan Pemuda peringkat Negeri Johor, iniasiatif di ambil untuk mencatatkan segala perkara yang dibangkit oleh suara akar umbi Pemuda Johor sebagai rujukan dan mudaha-mudahan ia dapat diguna bagi merangka Pelan Tindakan seterusnya.

Kami sedar sejarah pembentukkan Negara dilakukan di atas persetujuan pemimpin-pemimpin kaum berlandaskan kepada kerjasama dan kepentingan sesebuah parti dan bangsa. Ia dijaga dengan baik oleh kepimpinan yang dipersetujui di dalam Perikatan hinggalah kepada kerajaan Barisan Nasional sekarang ini yang mana UMNO adalah tunjang kepada penyatuaan dan kewujudan tersebut. Persetujuan juga dicapai di antara orang Melayu dan juga bangsa lain sehinggalah terbentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Ianya juga berkait dengan sistem Raja Berperlembagaan, Agama Islam agama rasmi, Bahasa Kebangsaan Bahasa Melayu, Hak-hak Keistimewaan Orang Melayu sebagai peribumi dalam masa yang sama tidak diketepikan hak-hak bangsa lain. Semua ini termaktub di dalam  Perlembagaan Persekutuan Negara. Secara tradisinya Presiden UMNO itu akan menjadi Perdana Menteri berdasarkan tradisi dan sistem demokrasi dalam Negara yang diamalkan melalui proses pilihan raya di atas kerjasama parti yang mewakili kerajaan iaitu Barisan Nasional. Faktor inilah menjadikan Presiden UMNO itu diangkat sebagai Perdana Menteri dengan persetujuan bukan saja ahli UMNO tetapi parti-parti komponen dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia di-Pertuan Agung. Di dalam sejarah UMNO dan Melayu itu sendiri, kita telah melahirkan beberapa Presiden parti yang juga Perdana Menteri yang berkaliber serta diyakini bukan saja ahli UMNO juga kaum lain melalui komponen parti. Ekoran kesan daripada Pilihanraya ke 12, dengan kekalahan beberapa calon UMNO dan calon-calon komponen dalam parti Barisan Nasional itu telah sedikit sebanyak menyebabkan hilang kepercayaan bukan saja ahli UMNO tetapi juga kaum-kaum lain ditambah pula dengan percanggahan pendapat dengan Institusi Raja, maka dengan itu sebagai ahli UMNO, kami merasakan cukup sedih dan khuathir dengan suasana yang melanda parti di kala ini.

Tiada yang mengetahuinya selain Allah yang maha esa, namun kemerosotan keputusan pilihan raya turut diletakkan kepada generasi muda yang dikatakan alpa dan enggan bersama UMNO dan Barisan Nasional. Jika ditanya kepada yang muda, mungkin mereka mengatakan bahawa ia berpunca daripada kegagalan kita untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkaliber dari masa ke semasa secara keseluruhannya serta hadirnya pemimpin muda selalunya dibimbangi dan dirasakan menjadi batu penghalang kepada pemimpin-pemimpin yang telah lama. Mereka-mereka ini melihat akan kemunculan ramai pemimpin baru dan muda akan membuatkan kedudukan mereka tergugat, maka dengan itu pemimpin yang ada akan menggunakan segala kuasa dan peluang yang ada untuk menyekat kemaraan dan kemasukan pemimpin baru dan muda ini. Apabila ini berlaku kita dapat melihat pada hari ini kesan daripada tindak tanduk mereka yang tidak bertanggungjawab dengan itu UMNO telah mula kehilangan dan sokongan ahli serta orang Melayu oleh kerana sikap-sikap mereka yang sedia ada. Apapun, pendemokrasian UMNO perlu segera dilakukan. Sistem pemilihan pemimpin dalam UMNO juga perlu disuburkan. Dalam masa yang sama juga kita mahu melihat UMNO itu terus kekal, satu keberanian dituntut bagi membenteras secara keseluruhan salah laku politik termasuk penggunaan politik wang, politik untuk mendapatkan kuasa dan politik berkepentingan peribadi serta puak-puak tertentu sahaja.

Maka pada hari ini Ahad, 20hb April 2008 bertempat di Ballroom Hotel New York Johor Bahru, kami atas rasa tanggungjawab untuk menyatakan hasrat dan suara akar umbi, bersepakat dan bersetuju bahawa untuk melihat UMNO itu terus kekal dan relevan sepanjang zaman serta menjadi parti kepada yang mendokong orang Melayu, transformasi di dalam parti amatlah dituntut. Perlu ada perubahan yang menyeluruh dari segi kepimpinan, sokongan ataupun sumbangan kepada parti. Ahli mesti berani membuat transformasi ini dengan menolak pemimpin-pemimpin mereka yang gagal melaksanakan amanah, tidak bertanggung jawab dan lari daripada landasan perjuangan yang sebenar, perlunya ada ‘check and balance’ di antara pemimpin dan kepimpinan. Keputusan yang di buat ini juga adalah bersandarkan rasa tanggungjawab kepada generasi akan datang kerana kami sedar bahawa kami perlu terus mempertahankan nikmat hidup yang kami kecapi setelah 50 tahun kemerdekaan Negara dalam suasana yang Selamat Aman Makmur. Berdosalah kami sebagai umat Melayu dan pemimpin kerdil ini sekiranya kami gagal memperbaiki seterusnya mempertahankan keamanan dan keselesaan ini. Kami sentiasa mengucapkan terima kasih diatas usaha-usaha gigih serta sumbangan suci pemimpin-pemimpin terdahulu dari kami yang berusaha mempertahankan keharmonian dan keamanan seperti mana yang telah kami kecapi pada hari ini.

Bagi menyumbang kepada usaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional, maka empat (4) Bengkel dibentuk di dalam perjumpaan ini dengan hasrat dapat dijadikan panduan. Suara ini dikutip dan dimasukkan bukan sebagai pendirian apatah lagi untuk menekan mana-mana pihak, tetapi ia cuma merupakan suara akar umbi. Yang baik dijadikan panduan, yang tidak dijadikan sempadan. Empat Bengkel tersebut ialah, (1) UMNO SEBAGAI PARTI ORANG MELAYU, (2) FORMULA KERJASAMA BARISAN NASIONAL, (3) PERANAN AHLI PARTI, PEMIMPIN DAN PEMUDA dan (4) HARAPAN DAN KEHENDAK ORANG MUDA HARI INI. Atas rasa tanggungjawab walaupun sumbangan ini kecil, kami yakin ia dapat menyumbang kepada hasil yang amat bermakna. Maka di kemukakan di sini dapatan dari perkumpulan Pemuda Johor tersebut.


RUMUSAN DISKUSI PEMUDA JOHOR

1. Ahli parti, pemimpin dan Pemuda perlu muhasabah diri untuk memperbaiki kelemahan yang berlaku. Ahli parti, pemimpin dan Pemuda perlu kembali kepada moto UMNO, " BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT". Ahli parti pemimpin dan Pemuda perlu kembali kepada matlamat dan tujuan UMNO ditubuhkan untuk membela agama, bangsa dan negara. Sebagai parti yang ahlinya orang Melayu, berbudaya Melayu dan beragama Islam, budaya UMNO mestilah budaya Melayu berpegang kepada Ajaran Islam yang menjadikan AL-QURAN dan AL-SUNNAH sebagai panduan dan rujukan. Pemulihan integriti pemimpin dan parti agar menjadi role model dan peneraju kepentingan rakyat.

2. Peningkatan program, aktiviti dan latihan agar penghayatan perjuangan parti diterapkan ke generasi muda dalam dan luar UMNO. Pengupayaan Pemuda UMNO dari segi keperluan mengerakkan agenda kerja parti, menjaga kebajikan ahli dan menjayakan hasrat generasi muda. Fungsi dan peranan sebenar ini boleh dipertingkat melalui Akademi Pemuda supaya pemimpin yang dipertanggungjawabkan akan lebih berperanan dalam memacu hasrat dan kehendak ini dapat dilaksanakan dengan baik.

3. Penambahbaikan struktur pemilihan dan aturan mesyuarat parti yang memastikan wakil dan suara Pemuda wujud dan berkesan. Penambahbaikan struktur organisasi, pengurusan dan pentadbiran agar proses peremajaan dan mensemasakan parti sentiasa berlaku. Kembalikan kepada asas dan tujuan penubuhan Pemuda yang menjadi check and balance dalaman parti dan menjuarai kepentingan rakyat.

4. Menyuburkan sistem untuk pemilihan pemimpin. Pendemokrasian UMNO supaya diberikan lesen untuk berkempen atau berdebat untuk memastikan kepimpinan yang baik ke tahap yang lebih baik. Pertandingan seharusnya dilihat agar menjadi sesuatu yang lebih baik.

5. UMNO tidak perlu pemimpin yang tidak amanah, bertanggungjawab dan tidak memperjuangkan agenda melayu dan lari dari landasan perjuangan sebenar. Maka ahli perlu berani membuat reformasi kepimpinan. Agar perlu adanya ‘Check and Balance’ di antara pemimpin dan kepimpinan.

6. Pembenteras politik wang perlu segera di atasi supaya pemilihan untuk menentukan kepimpinan tertinggi parti dibuat secara menyeluruh. Dengan cara itu, pemimpin yang naik menerusi politik wang tidak akan berjaya. UMNO tidak memerlukan pemimpin mereka yang bernama Melayu tetapi tidak melambangkan keMelayuan dalam segala tindakan, peranan, tanggungjawab, amanah yang diberikan parti dan rakyat.

7. UMNO perlu mengukuhkan ekonomi bangsa melayu itu sendiri bukan kaum yang lain. UMNO perlu menimbangkan membuka keahlian kepada bukan melayu bagi memperkuatkan parti itu sendiri. Setiap kelemahan UMNO/Barisan Nasional perlu diperbaiki dengan segera. Pemimpin UMNO perlu menjaga kepentingan orang melayu dari bangsa lain.

8. Ekoran daripada peristiwa 1969, rasa tidak puas hati orang-orang Melayu telah membuatkan kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970 dengan harapan dapat membantu mengatasi tahap kemiskinan dan mempertingkatkan ekonomi orang melayu serta menjaga kepentingan hak-hak kaum lain. DEB ini harus diteruskan memandangkan tahap ekonomi Melayu tidak lagi mencapai ketahap yang ditetapkan (30%). DEB itu perlu diteruskan untuk membela nasib bangsa Melayu dan dalam masa yang sama memberi manfaat kepada kaum-kaum yang lain cuma kita mencadangkan peranan dan tanggungjawab dan perlaksanaan dapat diperbaiki. GLC hendaklah dipimpin atau diketuai oleh profesional UMNO yang berpengalaman atau berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu. GLC haruslah diterajui oleh bekas/pemimpin ataupun professional-professional UMNO yang berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu juga mempunyai integriti yang tinggi dengan semangat sayangkan Agama, Bangsa dan Negara. GLC ini telah gagal memainkan peranan dalam memperkasakan agenda Melayu di dalam setiap syarikat-syarikat yang diterajui oleh mereka yang tidak mempunyai semangat itu tadi.

9. Pencalonan untuk penentuan calon pilihan raya diperhalusi agar proses menentukan calon pilihan raya hendaklah dirunding dan mengambilkira cadangan dari kepimpinan UMNO Bahagian kerana ahli-ahlinya lebih berhak untuk menentukannya kerana mereka yang menjaga akar umbi selain dari mendapat pandangan dan nasihat dari Pengerusi Perhubungan dan Presiden Parti sahaja.

10. Barisan Nasional masih relevan untuk memperjuangkan setiap kaum. UMNO hendaklah menjadi tuan, yang memandu hala tuju perjuangan (DRIVER) dan hendaklah mempunyai pemimpin yang kuat tegas dan berkredibiliti, yang boleh membawa Barisan Nasional ke arah yang lebih gemilang dan bukan menjadi tunggangan oleh orang lain.

11. Pemimpin UMNO/BN perlu tegas dan tiada tolak ansur kepada parti komponen yang mengundi mengikut idealogi kaum kerana ia akan melemahkah parti itu. Semua calon-calon hendaklah dipilih berdasarkan majoriti kaum di sesuatu kawasan dan juga calon hendaklah dipilih berdasarkan cadangan dari bahagian serta datang dari kawasan yang sama bukan ‘PAYUNG TERJUN’.

12. Kegagalan UMNO/BN ialah apabila kita melaksanakan sesuatu program itu ia hanya tertumpu pada ahli sahaja sedangkan dalam masa yang sama di luar sana masih ada orang melayu yang tidak menyertai mana-mana parti tetapi menyokong kerajaan yang sedia ada. Adalah amat perlu agar program-program selepas ini haruslah menjurus kepada perkara-perkara yang boleh menambahkan kekuatan UMNO/BN.

13. Barisan Nasional masih releven dihati penduduk malaysia banyak perkara perlu dikaji-selidik agar ia bertambah releven dan kuat bagi menjamin masa depan yang cemerlang untuk setiap masyarakat, ia perlu dikupas dari sudut mengkaji semula kerjasama dari parti-parti komponen agar ia tidak menjadi ‘duri dalam daging’ yang akan mengakibatkan jatuhnya melayu itu sendiri. Berpendirian tegas agar tidak dipermainkan oleh bangsa lain dan memperkuatkan barisan serta melahirkan pemimpin yang tegas dan kuat bagi menangani setiap isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang.

14. Setiap maklumat dari bawahan harus diambil perhatian kerana semua maklumat ini harus di kaji keberkesanannya, kerana ia datangnya dari suara akar umbi. Mengawal Media Massa dan Media Elektronik agar membantu kerajaan bukan tempat medan peperangan antara parti.

15. Sistem Pengintegrasian dalam Pendidikan diperkembangkan bagi menjamin kerukunan kaum dari peringkat sekolah diterapkan serta meneliti agar setiap pembangunan yang dilaksanakan tidak lebih ditumpukan kepada kawasan bandar dan harus ditekankan di kawasan luar Bandar.

Bengkel 1

UMNO SEBAGAI PARTI ORANG MELAYU

Pengerusi  : Sdr Zakaria Bin Dullah
Fasilitator  : En. Abd Mun’em Bin Mahmad Muhtar

Peserta


Zulkarnain Bin Kamisan Pt Sulong  Id Azalan Bin Banyamin Pulai
Zaimee Bin Ismail Pulai  Abd Kadir Bin Ali Sembrong
Zaini Bin Ismail K/Tinggi  Sulaiman Bin Hj Nor Sembrong
Anuar Bin Abd Manap Sekijang  Asraf Bin Moktar Pagoh
KamarulZaman Bin Ahmad Sembrong  Mohd Razali Bin A Rahman Pagoh
Ali Mazat bin Salleh Kulai  Yusof Bin Ishak JB
Anafiah Bin Othman Pengerang  Rahmat Bin Junid S/Gading
Razip Bin Ahmad Pengerang  Shukor Bin Hassan S/Gading
Kasiyan Bin Yaidi Pt Sulong  Mohd Syirazi Bin Kamaludin JB
Abd Rahim Bin Ahmad Pt Sulong  Mohd Yassin Bin Mohamad S/renggam
Mohd Fadzly Bin Rusdi P/Gudang  Saifudin Bin Sulaiman Muar
Ahmad Roh Bin Ariffin P/Gudang  Mohd Amin Bin Ibrahim B/Pahat
Ilias Bin Ahmad A/Hitam  Suhaimi Bin Adnan B/Pahat
Abd Aziz Bin Sabtu Muar  Alimin Bin Mohamad B/Pahat
Mohd Hasri Bin Hj Salim Muar  Mohd Zaki Bin A Mutalib Tenggara
Hatta Bin Alias Muar  Saharuddin Bin Selamat Tenggara
Norrahman Bin Hassim Muar  Mohd zaini Bin Md Yusof Tenggara
Syed M Firus Syed Mustafa Segamat  Mohd Ridza Bin Abd Latif JB
Mohd Ismail Bin Amin Kulai  Asmawi Bin Ponimin JB
Ayub Bin Yasir G/Patah  Nazim Bin Jamak Pengerang
Ismail Bin Sharif G/Patah  Zuraidi Bin Ahmad Izomi Kluang
Darwis bin Jumadi Tg Piai  Hj Ismail Bin Shariff Bakri
Zul Edman Bin Wagiman Labis  Azlizam Bin Misuan Bakri
Razali Bin saleh Labis  Mohd Zamri Bin Selamat Bakri
Samsudin Bin Ismail Kluang  Jeffri bin Nordin Bakri
Mohd rafiee Bin Hussein JB  Mohd zali Mokri Pontian
Hasni Bin Melan JB  Mohd Han Ithnin Pontian
Mohd Ali Bin Mohd Saleh JB  Mohd zali Mokri Pontian
Shamsuddin Bin Tamsir Kluang  shukor Bin Mohamad S/Gading
Sirat Bin Semani Mersing  Mohd Noh Bin Sulong S/Gading
Shamsudin Bin mokhtaram Mersing  Rohazam Bin Shah Ahmad P/Gudang
Rohsawal B. Ab Ghafar Tebrau  Azmi Bin Mohamad P/Gudang
Zuraimi Bin Khamis Tebrau  Arif Bin Salim Pengerang
Arjeni Bin Selamat Tebrau  Mohd Talib Bin Mohd Salim Kluang
Mohd Faizal Bin Lakimon K/Tinggi  Harun Bin Md Amin TgPiai
Md Salihin Bin Sukimi Segamat  Shamsul Kahar Bin Othman Muar
Md Zamri Bin Ali Segamat  Jumain Bin Mohamed Muar
Ishak Bin Hj Ismail K/Tinggi   


ISU DAN CADANGAN

1.  Mengadakan pendekatan dari peringkat sekolah bagi membentuk program seperti kompang, zapin dan sukan demi mewujudkan suasana dan semangat terhadap UMNO.

2. Ahli UMNO melebihi 4 juta tetapi tidak sampai 1 juta yang menyokong. Tidak tahu ahli cawangan menyokong UMNO. Punca kemusnahan adalah dari barisan teratas. Peratusan undian bangsa Melayu semakin berkurangan. Cadangan meningkatkan jumlah pengundi.
 
3. Calon-calon yang bertanding menawarkan diri perlu dikenalkan di semua peringkat agar tiada politik wang yang terlibat.

4. Mencadangkan supaya menukar Presiden UMNO atau mengubah pucuk pimpinan sedia ada dalam keadaan seberapa segera. Begitu juga Timbalan Presiden selaku Timbalan Pengarah Pilihanraya

5. Calon dipilih di peringkat bahagian tidak dipedulikan, ia menimbulkan ketidak puas hati masyaratkat untuk membantu calon.

6. Pemimpin UMNO diperingkat bahagian dan pusat mesti ada hala tuju, jangan hanya pandai bercakap dan diperingkat akar umbi perlu ada revolusi kepimpinan. Apakah jaminan rumusan ini akan sampai ke pucuk pimpinan parti. 

8. Kepercayaan org melayu hilang / suara akar umbi tidak sampai ke peringkat bahagian/parlimen. Melantik ketua/timbalan baru agar kedua-dua boleh bekerjasama. Perlunya mendengar ‘silent protes’ dari akar umbi.  

9. Kepimpinan dalam UMNO melangkah turun dengan membuat muhasabah diri dan berani nyatakan hak dan kebenaran. Supaya tiada hubungan kekeluargaan dengan pihak tertinggi dan perlunya ada ‘check and balance’

10. Kurang ketegasan dalam parti, baik dari bawah hingga ke atas. UMNO perlu lebih terbuka dan bukan melalui keturunan.

11. Kelonggaran parti adalah disebabkan pihak atasan. Menyemai semangat sayangkan UMNO dan mengheret kembali UMNO ke akar umbi. Diwujudkan program-program khusus untuk mendapatkan persepsi yang betul dan berasas.
 
12. Merekrut ahli baru dengan mendidik melalui program-program yang relevan untuk perjuangan UMNO. Menganjurkan program pengetahuan dan kefahaman tentang sejarah bangsa melayu bagi memperkukuh sistem pembelajaran sejarah kepada anak bangsa.

13. Pentingnya meneliti kesan DEB untuk membantu orang melayu dan masyarakat Malaysia. Pengagihan kekayaan Negara di monopoli orang tertentu dan dalam masa yang sama diperingkat akar umbi ini di anak tirikan.

14. UMNO untuk kerajaan, menganjurkan kursus-kursus kepada kakitangan kerajaan tentang parti keseluruhannya. Perlunya ada cara-cara yang betul untuk menangkis persepsi yang tidak betul.

15. Biro-Biro UMNO diperingkat tertinggi perlu digerakkan dan bertanggjungjawab keatas apa saje program bagi biro-biro peringkat Negeri, Bahagian dan Cawangan.


Bengkel 2

FORMULA KERJASAMA BARISAN NASIONAL

Pengerusi  : Sdr. S Razali Bin Alias
Fasilitator  : En. Mohd Saidin Bin Misnan

Peserta

Ismail Bin Esa P/Gudang  Mohd Hasbullah B. Awang Pulai
Sahid Bin Ammun G/Patah  Faizal Bin Masbari Pulai
Mohd Jajaluddin Bin Rahim Mersing  Abd Rahman Bin Duni S/Renggam
Zulkifli Bin Rusad Pontian  Azman Bin Own S/gading
Zulkifly Bin Abd Wahab Pengerang  M. Noorhisham Abu Bakar K/Tinggi
Nazim Bin Jamak Pengerang  Mohd Ali Bin Abd Rahman Tebrau
Razuan Bin Ngisak Pengerang  A. Mohamad Bin Ibrahim B/Pahat
Amiruddin Bin Othman Pt Sulong  Salim Bin Wagiman Pagoh
Saripul Bahri Bin Roslan Pt Sulong  Khaorol Anuar Bin Basreh G/Patah
Abd Hadi Bin Mohd Zainal Pt Sulong  Azlan Bin Ayob S/Gading
Rasman Bin Asmuri A/Hitam  Herwan Bin Abd Hamid JB
Mohd Supian Bin Johari A/Hitam  Radin Kamarul Affendy JB
Shamsuddin Bin Mokri Muar  Halipi Bin Ma'asip Pengerang
Samuji Bin Kamsan Bakri  Zulkifli Bin Abd Wahab Pengerang
Mohd saiful Bin Ab Rahim Bakri  Azmin Nizam Bin Alias B/Pahat
Jumain Bin Muhamad Muar  Azman Bin Jamari B/Pahat
Mohd Hisyamudin B Sanusi Muar  Suhairi Bin Mahful B/Pahat
Mohd azam Bin Saadon Kulai  Abd Razak Bin Jamah B/Pahat
Abd Rahman Bin Abdullah Kulai  Fadzilulkhair Bin Yusof Tenggara
Zulkiefli Bin Mohd Payeng Kulai  Misnor Bin Bujang Pontian
Jusoh Bin Sulaiman G/Patah  Zuraidi Khalid Pontian
Hamdan Bin Johan G/Patah  Ridzuan Bin Mat Kiah JB
Mohd Isa Bin Sukmah K/Tinggi  Misnan Bin Ahmad JB
Khairol Nizam B Abu Bakar Bakri  Kapli Bin Daud Mersing
Zamaluddin Bin Hj wahid Labis  Samsul Kamar Bin Othman K/Tinggi
Norazizi bin Md Omar Labis  Azman Bin Tumin Tebrau
Seran Bin Mohd Sahar Labis  Huzaimi Bin Husin Tebrau
Kamal Bin Abd kadir JB  Najahan Bin Maskom P/Gudang
Mohd Zaki Bin Zakaria sekijang   


ISU DAN CADANGAN

1. Mengganggap BN masih releven beliau nyatakan agar semua parti komponen di peringkat Bahagian mahu pun Pusat agar kerap duduk berbincang.

2. Beliau menyatakan hasrat agar faktor calon dikaji semula, tidak perlu tolak ansur dengan parti komponen, pencalonan calon berdasarkan majoriti kaum. BN masih releven, perlu meletakkan calon berdasarkan majoriti kaum.

3. Program UMNO hendaklah banyak bersama parti komponen, bukan syok sendiri. UMNO harus mengkaji gerak kerja dan kerjasama dengan parti komponen bukan untuk Pilihanraya sahaja.

4. Pemimpin melayu perlu lebih membantu orang melayu, sekarang ini kebanyakan orang melayu tidak terbela kerana pemimpin melayu sibuk melayan kaum lain untuk kepentingan diri.

5. Berpendapat sekarang ini kaum @ parti komponen mengundi berdasarkan ideologi kaum, ini perlu dikaji. Faktor calon harus dikaji dengan mengambil kira pencalonan dari pringkat bahagian.

6. Masalah pendidikan harus dititik beratkan pegasingan sekolah harus dihapuskan.

7. Setiap wakil rakyat tidak perlu memegang jawatan selama 2 penggal, kajian harus dibuat bagi memberi peluang muka-muka baru.

8. Pemimpin perlu mengutamakan perjuangan bangsa serta pemimpin perlu tegas.

9. UMNO perlu memperkuatkan ekonomi bangsa melayu dahulu bukan menjaga kaum yang lain. Perlunya pemimpin yang kuat dan tegas agar bangsa melayu tidak ditindas di bumi sendiri.

10. Malaysia negara majmuk , setiap kaum harus dibekalkan panduan tentang kontrak sosial dan harus memahaminya.

11. Pemuda parti komponen tidak keluar untuk membantu calon-calon mereka menganggap semua ini harus di galas oleh Pemuda UMNO.

12. UMNO kena memikirkan jalan agar menubuhkan 2 @ 3 parti melayu untuk menyaingi parti lain dari segi kaum contoh MCA dan Gerakan mewakili kaum cina, MIC dan PPP mewakili kaum India.

13. UMNO sering mengadakan aktiviti bersendirian tidak bersama komponen. Kekuatan parti komponen harus dikecilkan. Kurangnya komunikasi antara kaum dan pemimpin atasan sering mengunakan orang tengah.

14. Sistem perpaduan komponen perlu dikaji. UMNO perlu dibuka kepada bangsa asing bagi memperkuatkan parti ini sebagai contoh PKR.

15. Pemimpin perlu tegas dan perlu mengunakan kuasa veto dan tidak perlu tolak ansur agar ia dapat menangani semua isu dan menutup mulut parti-parti komponen.

16. Barisan National lemah ini perlu dikaji, kelemahan ini berpunca dari ada ‘duri dalam daging’ dalam parti dan Kebanyakkan maklumat-maklumat tidak sampai ke pihak yang lebih tinggi mohon semoga setiap suara akar umbi perlu diambil kira.

17. Kita harus menjadi ‘driver’ kerana kita adalah tuan ditanah melayu.BN masih releven, pemimpin perlu tegas dan kuat agar semua kaum perlu tahu.

18. BN perlukan kerjasama yang kuat dari setiap lapisan masyarakat dan juga kaum-kaum lain bagi memastikan ia tetap dihati penduduk Malaysia.

19. Mengkaji semula komponen BN (MCA) meminta TPM dari bangsa cina (semasa menyelidiki mesej orang cina di pulau pinang).

20. Calon-calon Barisan National hendaklan dari kawasan mereka bukan dari luar. Calon harus mengikuti majoriti kaum demi menjaga hati mereka.

21. MCA dan DAP memperjuangan mesej yang sama. Beliau juga meminta agar semua kakitangan yang tidak menyokong Barisan National /kerajaan agar dibuang tidak perlu di tukarkan kerana ia akan memberi pengajaran kepada yang lain.


Bengkel 3

PERANAN AHLI PARTI, PEMIMPIN DAN PEMUDA

Pengerusi  : Tn. Hj Abdul Razak Bin Budu
Fasilitator : Dr. Azizi Bin Yahya

Peserta

Juraimee Bin Hassan Segamat  Mohd Nizan Bin Abd Rahim K/Tinggi
Mohd Azmi Bin Johar Bakri  Shamsul Kahar Bin Othman Pulai
Mohd Rafiee Bin Beran P/Gudang  Zulkifli Bin Talib Sembrong
Zalaludin Bin Marzuki P/Gudang  Azizul Bin Ali Klauang
Syahrin Bin Jamaludin Tebrau  Mohamad Bin Jamaludin Sembrong
Zaki Bin Ahmad Pengerang  Raziman Bin Supian Pagoh
Tofek Bin Mohd Noh Pengerang  Salikin Bin Md Lani Pagoh
Hadi Sydee Pengerang  Ahmad Bin Hj Kayat Klauang
Jamal Bin Abd Kadir Pt Sulong  She Hadi Bin Awab S/Gading
Rosli Bin Ikhsan Pt Sulong  M. Affendi Bin A Rahman S/Renggam
Noor Din Bin Sujak Pt Sulong  Zulhamizi Bin Tabran S/Renggam
Mohd Isa Bin Bajuri A/Hitam  Mohd Fadzli Bin Hassan K/Tinggi
Abd Razak Bin Abu A/Hitam  Azizul Kamar Bin A Rahman B/Pahat
Mohd Dali Bin Abdullah A/Hitam  Rashid Bin sahari B/Pahat
Selamat Bin Takim Muar  Nizam Bin Mashod B/Pahat
Mohd Izam Bin Ismail Muar  Jumaat Bin Sarju Tenggara
Budi amin Bin Kudari Muar  Zahrin Bin Jamail K/Tinggi
InderaPutra bin Ismail Muar  Ramlan Bin Padi Tenggara
Hadi Bin Badar Kulai  Zuhairee bin Jamlus JB
Zainuldin Bin atan Kulai  Nor Nizam Bin Rahmat JB
Ambiah Bin Jais G/Patah  Mohd Zahidin Bin Yunos Segamat
Haris Fadzillah Bin Esa G/Patah  Mohd Topek Bin Md Noh Pengerang
Aziz Bin Mohd Amin G/Patah  Faizal Bin Khaidzir Pengerang
M Hafiz Bin M Barkawi Tg Piai  Farid Shah Bin Zainuddin Bakri
Senu Bin Daud sekijang  Yusaini Bin Daud Pulai
Nor Ashikin Bin Ismail Labis  Mohd Hasbulah Bin Awang Pulai
Syed Amiruddin Bin S Jaffar JB  Yusof Bin Ahmad G/Patah
Hazlan Bin Ahmad JB  Mohd Halipi Bin Ma'asip Pengerang
M Tom Gadafi B Anwary JB  Sarul Nizam Bin Sahman K/Tinggi
Mohd Yusaini Bin Hj Yousup Mersing  Ismail Bin Badar S/Renggam
Nazri Bin Ahmad Mersing  Irwan Bin Badar Tebrau
Sahlan Bin Hj Adam Mersing  Irwan Bin Ibrahim Tebrau
Mohd Yusof Bin same Tebrau  Norazhar Bin Abd Hamid S/Renggam
Khairul Anuar Bin Mashuri Tebrau  Mohd Shaeyfulnaezam P/Gudang
Azhar Bin Ahmad Pulai  Mohd Rizal Bin A sam Pengerang


ISU DAN CADANGAN
 
1.  Penghulu, Ketua Kampung tidak perlu aktif dalam politik sebaliknya perlu fokus kepada urusan pentadbiran Mukim dan Kampung. Perpecahan dalam kampung kerana adanya konflik antara Ketua Kampung dan Ketua Cawangan.
 
2.  Pemimpin UMNO dan pemimpin masyarakat perlu menjalin hubungan dan kesefahaman yang erat. Jalinan ini penting untuk mengukuhkan parti UMNO.
 
3.  Ahli Parti, Pemimpin dan Pemuda perlu kembali kepada Moto UMNO, BERSATU BERSEDIA DAN BERKHIDMAT.
 
4.  Pemimpin perlu memberi penjelasan dan penerangan serta kefahaman yang jelas tentang isu-isu yang ditimbulkan oleh pembangkang. Contoh isu kenaikan harga barang supaya benar-benar difahami dan diterima oleh rakyat.
 
5.  Pemimpin juga perlu telus dan bersih dalam mengurus dan mentadbir Jentera Pilihanraya dan Peruntukan Pilihanraya perlu diagih secara teratur dan telus.
 
6.  Keberkesanan kepimpinan Pemuda disemua peringkat perlu ditingkatkan.
 
7.  Pemuda perlu membanyakkan aktiviti yang melibatkan akar umbi, bukan aktiviti/program yang melibatkan pemimpin peringkat tinggi sahaja.
 
8.  Pemuda perlu merapatkan jurang pemisah antara pemimpin peringkat tinggi dengan pemimpin dan ahli-ahli di peringkat bawah/akar umbi.
 
9.  Pemimpin perlu kembali kepada formula BN 1999 - 2004 yang terbukti memberi kejayaan yang besar kepada UMNO dan kejayaan Barisan Nasional.
 
10.  Pemuda di peringkat negeri perlu memperbanyakkan program disamping dapat menyalurkan maklumat terus dan peringkat pusat ke akar umbi.
 
11.  Pemuda hilang fokus. Kefahaman tentang UMNO perlu disuburkan kembali dijiwa setiap ahli Pemuda supaya ahli parti dapat berperanan secara berkesan memantapkan parti UMNO.
 
12.  Ahli parti dan pemimpin Pemuda perlu menjadi agen penyampai suara rakyat terus kepada pucuk pimpinan Pemuda supaya suara hati rakyat dapat didengar dengan jelas, tidak tersangkut di peringkat Bahagian dan Negeri.
 
13.  Pemimpin berperanan menjadikan UMNO parti membela rakyat bukan parti membela pemimpin. Hingga ahli parti ghairah untuk jadi pemimpin. Akibatnya hilang fokus terhadap tugas dan tanggungjawab sebenar sebagai pemimpin.
 
14.  Pemimpin parti perlu mengambilkira pandangan rakyat dan pemimpin akar umbi dalam menentukan calon wakil rakyat, supaya calon yang dipilih menepati aspirasi rakyat. Tidak dibuat berdasarkan percaturan untuk kepentingan politik pemimpin di peringkat yang lebih tinggi. (Kepentingan Ketua Bahagian, Pengerusi Badan-Badan Perhubungan Negeri Dll).
 
15.  Pemimpin-pemimpin Pemuda perlu muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri bagi mempastikan ciri-ciri pemimpin yang disenangi rakyat.
 
16.  Pemimpin di peringkat yang lebih tinggi perlu memikirkan kebajikan pemimpin-pemimpin Pemuda di peringkat akar umbi agar dapat dibela dan dibantu sewajarnya sesuai dengan pengorbanan yang telah diberikan untuk parti.
 
17.  Post motem, kajian dan pelan tindakan yang konkrit perlu dibuat terhadap saluran 3 dan 4 yang kalah teruk perlu dibuat sebagai persediaan untuk menghadapi PRU 13.
 
18.  Penterjemahan Pilihanraya ke 12 dilihat seperti konsep dacing. Kekalahan di kerusi-kerusi berkaitan mengambarkkan kelemahan kerajaan dan kekuatan pihak lawan. Pucuk pimpinan perlu merangka plan Strategik melalui perancangan kempen halatuju dan manifesto yang lebih baik untuk mengatasi pembangkang.
 
19.  Pemimpin-pemimpin Pemuda perlu diiktiraf dan diletak/dilantik dalam orginasasi kerajaan yang berfungsi, menjurus kepada mengurus kepentingan rakyat seperti Ahli Majlis Kerajaan Tempatan. Ini akan melatih Pemuda supaya lebih peka dan bertanggungjawab kepada rakyat. Ini akan mengembalikan keyakinan rakyat kepada pemimpin-pemimpin Pemuda .
 
20.  Pemimpin Pemuda perlu mengambil bahagian secara proaktif dalam memberi kefahaman Konsep Islam Hadari kepada golongan muda. Ramai orang muda masih keliru terhadap Konsep Islam Hadari supaya islam dan bukan islam faham konsep sebenar. Perlaksanaan dalam sistem ekonomi juga perlu mengambarkan kerajaan mengamalkan Islam Hadari.
 
21.  Pemuda perlu memperkemas dan memperbaiki jentera pentadbiran di setiap peringkat supaya lebih teratur dan pratikal. Urusan dipermudahkan melalui sistem internet.
 
22.  Pemuda sendiri perlu berperanan sebagai wakil rakyat kecil dengan mengambil inisiatif membantu rakyat menyelesaikan masaalah. Khususnya urusan yang melibatkan kelompok kecil masyarakat dan individu.
 
23.  Pemuda cawangan-cawangan perlu mewujudkan peti aduan rakyat di setiap cawangan. Maklumat/masaalah dibincang di peringkat Pemuda Bahagian.
 
24.  Pemuda perlu mewujudkan Biro Pengaduan Awam Pemuda di peringkat bahagian-bahagian.
 
25.  Pemuda negeri perlu menganjurkan konvensyen/program diskusi setiap tahun untuk mendengar/mengumpul maklumat dari akar umbi.
 
26.  Setiap individu Ahli Parti (PEMUDA) perlu mempertingkatkan kebolehan dan penguasaan penggunaan komputer dan internet yang menjadi medium penyampai maklumat yang penting dan berkesn.
 
27.  Pemuda perlu diberi kebebasan dan bersuara dan pandangan Pemuda perlu diiktiraf.
 
28.  UMNO perlu wujudkan sebuah jawatankuasa pemimpin@suruhanjaya bebas yang dianggotai oleh veteran UMNO dan pakar/penganalisa politik Pro UMNO.
 
29.  Ahi parti perlu sentiasa menanamkan semangat jatidiri melayu@cinta melayu dulu kini dan selamanya supaya tidak wujud golongan melayu 'PARASIT' @ PENGKHIANAT kepada parti UMNO untuk kepentingan politik peribadi.
 
30.  Pelan kefahaman tentang misi UMNO memperjuangkan Agama , Bangsa dan Negara perlu diterapkan kepada golongan muda/belia supaya golongan ini faham matlamat wujudnya UMNO sebagai parti untuk orang melayu.
 
31.  Pemimpin perlu komited terhadap sesuatu usaha dan keputusan perbincangan/forum untuk melaksanakan segala keputusan yang dipersetujui forum bukan RETORIK.
 
32.  Pemimpin perlu berperanan sebagai contoh kepada pemimpin bawahan. Sewajarnya pemimpin-pemimpin tertinggi menunjukkan prestasi yang cemerlang di kawasan Pilihanraya masing-masing.
 
33.  Pemimpin/Kerajaan perlu mengawal media agar tidak terlalu bebas dan Kerajaan BN perlu tegas.
 
34.  Biro keahlian UMNO perlu digerakkan segala berkesan dan proaktif  untuk menarik keahlian baru bagi menandingi kerancakan PKR mendaftar ahli-ahli baru. Keahlian kepada mana-mana parti menggambarkan sokongan kepada parti berkenaan di dalam Pilihanraya.
 
35.  Pemimpin UMNO yang menjadi wakil rakyat perlu memasyarakatkan politik, bukan setakat berkisar dengan agenda jawatan dalam parti.
 
36.  Pemimpin perlu fokus kepada hal ehwal dalam masyarakat secara menyeluruh tidak kepada hanya masyarakat ahli UMNO sahaja.
 
37.  Pemimpin perlu beri perhatian dan mendekati serta mempengaruhi golongan intelek dan profesional kerana golongan ini mempunyai pengaruh yang berkesan terhadap pemikiran rakyat.
 
38.  Pemimpin-pemimpin UMNO yang menyertai kementerian-kementerian perlu meningkatkan koordinasi dan kerjasama antara kementerian-kementerian demi memastikan fungsi peranan setiap kementerian, benar-benar berkesan untuk menyelesaikan masaalah rakyat dan membangunkan rakyat.
 
39.  Pemuda perlu berperanan lebih berani dalam isu-isu yang perlu ketegasan demi imej Pemuda agar lebih dihormati dan diiktiraf peranan Pemuda itu sendiri.
 
40.  Pemimpin juga perlu mendengar pandangan dan teguran pembangkang dan mengambil tindakan sewajarnya. Terutamanya pandangan/teguran berkenaan betul mengikut prespektif agama Islam.
 
41.  Konsep ' IKRAM MUSLIMIN ' perlu diamalkan oleh pemimpin UMNO iaitu muliakan ulama, hormati orang/golongan tua dan sayangi orang/golongan muda. Pemuda perlu melihat ' SENIOR ' UMNO sebagai guru dalam politik dan ' SENIOR' UMNO perlu mengiktiraf Pemuda sebagi murid/pelapis kepada kepimpinan.
 
42.  Ahli parti, pemimpin dan Pemuda perlu mempunyai visi dan harapan . Tindakan menjadikan UMNO sebagai satu-satunya parti untuk orang melayu. PAS pernah kembali kepada UMNO di zaman Dato' Asri.

43.  Ahli parti/pemimpin dan Pemuda UMNO perlu merangka dan menjalin hubungan yang lebih erat dengan parti komponen khususnya MCA & MIC. Hal ini akan mengukuhkan UMNO dan BN.
 
44.  Pemuda perlu sentiasa melengkapkan diri selaku pelapis dalam kepimpinan di peringkat masing-masing (cawangan , bahagian ). Persediaan sebagai pelapis adalah tanggungjawab dan perlu diterima baik kepimpinan yang lebih senior.

45.  Pemimpin perlu menghormati pemimpin terdahulu kerana setiap pemimpin lama berjasa kepada parti dan rakyat.Kebaikan dan pengalamam yang baik yang diperturunkan oleh pemimpin lama perlu dijadikan panduan.
 
46.  Setiap ahli parti mempunyai hak terhadap hala tuju parti. Hala tuju parti tidak boleh ditentukan oleh sekumpulan orang-orang tertentu dalam parti.
 
47.  Setiap ahli parti,pemimpin dan Pemuda perlu mempunyai azam dan usaha untuk menghindari rasuah politik yang boleh menjadikan OMNO parti sekular, sedangkan UMNO adalah parti Melayu Islam.
48.  Setiap ahli parti, pemimpin dan Pemuda perlu sedar apa jua tindakan yang dibuat perlu berharap mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah SWT agar tindakan dan keputusan yang dibuat atas dasar kejujuran dan keikhlasan.

 

Bengkel 4

HARAPAN DAN KEHENDAK ORANG MUDA HARI INI

Pengerusi  : Sdr. Jaigani Bin Jaafar
Fasilitator  : En. Yusof Bin Hon

Peserta

Nornekman Bin Osman JB  Yusoff Bin Ashari  Pulai
Norzam Bin Md Amin Kluang  Zahrin Bin Sarimin Pulai
Abd Razak bin Ibrahim Segamat  Zainal Bin Sahat Sembrong
Kasim Bin Selamat K/Tinggi  Abd Musa Bin Hussain Sembrong
Roslan Bin Hassan P/Gudang  Azhar Bin Saat Sembrong
Shaiful Bahri Sidek Tenggara  Hj Ismail Bin Mohamed Pagoh
Mohd Amin Bin Hamidon Pengerang  Hj Abd Ghani Bin Janal Pagoh
Roszaidi Bin Ramlee P/Gudang  Mohd Salleh Bin Kamari S/gading
Amirzam Bin Abd Rahim Sekijang  Rasman Bin Mohamed S/gading
Rahman Bin Mohamad Pt Sulong  Hamdan Bin Yahya S/Renggam
Jais Bin Siraj Pt Sulong  Ismail Bin Md Nor S/Renggam
Ariffin Bin Jais A/Hitam  Azman Bin Roslan B/Pahat
Abd Rashid Bin Abd Hamid A/Hitam  Mohd Shah Bin Ahmad B/Pahat
Mohd Mubin Bin Tulos Kluang  Yusla Bin Ismail B/Pahat
Ahmad Amryn Bin A Malik Muar  Hasnul Munawar Bin Ghani Tenggara
Mohd Norhisham bin Ismail Muar  Hj Azhar Bin Abd Manaf Tenggara
Hashim Bin Abd Rahman Muar  Mohd Shakir Bin A Rahman JB
Yazid Bin Mohyen Muar  Anuar Bin Ariffin JB
Ahmad Zaifuddin Bin Nordin Kulai  Zaki Bin Ahmad Pengerang
Abdul hadi Bin Abdullah Kulai  Mohd Radzi Bin Hj Amin Bakri
Shamsuddin Bin Wahab Kulai  Ab Razak Bin Ithnain Bakri
Abd Rasid Bin Halim G/Patah  Asrof Bin Maarof Bakri
Mohd Hadzil Bin Kasmani G/Patah  Mohd Nazman Bin Bakar Bakri
Noorhisham bin Ismail G/Patah  Azhar Bin Abu Ledang
Nikita Saad putra Bin Saad JB  Sarihin Bin Jani Ledang
Musa Bin Mohd Dar Labis  Roslan Bin Paimin Ledang
Kamarulhairi Bin Komeng Labis  Mohd Nin Bin Hassan Pontian
Khairul azmi Bin Ishak JB  Rosli Bin Tirek Pontian
Khairi Bin Mohd Noor JB  Fakhrul Anuar Bin Ramli G/Patah
Azuki Bin Hj Ngah JB  Selamat Bin Takim Mersing
Poziman Bin Kahar Mersing  Ramli Bin Ahmad Pulai
Zulkornain Bin Abd Manan Mersing  Aidil Bin Sulaiman Pulai
Hj Rahim Bin Muhayat Tebrau  KhairulNizam Bin Md Hap JB
Erry Haiani Bin Mohd Nasir Tebrau  Zamri Bin Bachok Segamat
Ali Bin Mohamed Tebrau   


ISU DAN CADANGAN

1. Mengabaikan tanggungjawab retorik. Pendekatan perlu dibuat supaya orang-orang muda dapat bersama dengan UMNO.

2. Ramai pemimpin diperingkat bahagian dan pusat yang hanya mementingkan publisiti dan glamour sahaja. Tanggung jawab sebagai pemimpin diabaikan dan tidak mahu buat kerja.

3. Sifat orang UMNO lebih mahu kompromi. Kesempatan ini membuatkan orang lain naik kepala dan tidak menghormati kita.

4. Jangan mengabaikan bangsa Melayu dan mengagungkan bangsa lain. Kesempatan dan peluang yang ada banyak diberikan kepada bangsa lain

5. keahlian UMNO diturunkan kepda 17 tahun bagi meramaikan lagi golongan muda.

6. Diperingkat awal UMNO guru memainkan peranan penting di dalam  perjuangan parti oleh itu perlu ada anjakan supaya guru-guru bersama dengan UMNO seperti dahulu.

7. Ramai pemimpin kita takut untuk bersuara kerana untuk menjaga pangkat/jawatan dan periuk nasi.

8. Persepsi semasa Pilihanraya telah berjaya mempengaruhi rakyat terutamanya melalui media eletronik contoh internet dan sms.

8. Perbanyakan program-program bersama dengan penuntut institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

9. 99% golongan profesional menyokong pembangkang, saya merasakan pihak kepimpinan perlu membuat sesuatu golongan profesional kembali semula kepada kerajaan.

11. Forum-forum terbuka perlu dibanyakkan di dalm parti untuk merelevankan UMNO

12. Tidak mendengar pandangan dari akar umbi, apa yang disuarakan disekat dan tidak sampai ke peringkat tertinggi.

13. Sesetengah pemimpin bila mendapat jawatan sudah mula lupa perjuangan beliau dan lupa diri lebih mementingkan kroni dan Nepotism.

14 Tiada cuti khas untuk individu yang terlibat untuk setiap program-program berkaitan memartabatkan parti seperti Pilihanraya.

15 Pemimpin sebagai ‘role model’. Oleh kerana itu pemmpin yang dipilih perlulah bersih dari semua segi.

16. Tiada rumah, tiada tanah (SBKS). Golongan yang diketegorikan susah perlulah diberikan tanah dan rumah untuk memastikan mereka menyokong BN.

17. Gagasan Melayu melalui gabungan NGO-NGO melayu perlu diperbanyakan untuk memperjuangkan untung nasib orang melayu sepert di dalam perlembagaan

18. “Tak kan melayu Hilang Didunia” kata-kata hikmat Laksamana Hang Tuah. Mungkin tidak betol sekiranya pemimpin melayu masih lagi menjaga kepentingan diri dan tidak bersatu.

19. PEMUDA sebagai pendesak dan pengimbang dalam UMNO.

20. Masukkan kumpulan A dalam UMNO.

21. Ketelusan orang tua dalam menerima pandangan orang muda. Pemimpin-pemimpin lama dan vateran perlulah sentiasa menggambil kira pandangan orang muda kerana pengundi muda merupakan antara kumpulan yang teramai.

22. Pemuda perlu turun ke akar umbi untuk menerangkan isu-isu semasa bukan hanya pandai bercakap dan bererotorik.

23. Melaksanakan tarbiah yang lengkap dalam jasmani, akli dan rohani kepada golongan muda.

24 Berhadapan dengan orang asing serta seorang pemimpin yang bersih dan bersatu.

25. Kelengkapan prasarana orang muda perlu di sediakan disemua tempat dan perlu dimaklumkan disediakan oleh BN.

26. Pandangan-pandangan orang muda perlu diterima dan diseesaikan bukan disimpan didalam fail.

27 Pemuda-Pemuda parti komponen kurang membantu semasa Pilihanraya mereka seperti tiada nilai dalam BN serta kurang jati diri.

28 Anak-anak muda menggunakan IT untuk menyebarkan fitnah pembangkang.

29. PEMUDA tertinggal dari segi IT.

30. Meletakkan PEMUDA Cawangan dan Bahagian dalam G7.

31. Menghilangkan penggantungan kepada orang bukan Islam.

32. UMNO sebagai medium pelindung orang MELAYU.

33. UMNO terlalu banyak kompromi dengan parti-parti komponen, perlu tegas dan berani membuat keputusan.

34. Sistem penyampaian (delivery system) ke akar umbi perlu diperbetulkan bukan cakap tidak serupa bikin.

35. Idealisme “Rukun Negara” perlu diterapkan didalam kepimpinan MELAYU.

36. Apakah pentingnya “Ketuanan Melayu” didalam sebuah negara yang bermasyarakat majmuk yang mempunyai hak yang sama terhadap kuasa politik yang akhirnya kuasa kepimpinan dikuasai oleh kaum lain sebagai contoh di selangor dan di perak

37. Yang mana lebih penting “Kontrak Sosial” ataupun “Kontrak Jossoli” didalam halatuju masa depan orang-orang Melayu.

38. Pemuda UMNO perlu berkerja untuk parti bukan untuk kepentingan diri untuk menjadi calon dalam Pilihanraya apa jadi kepada Putera UMNO sunyi sepi selepas Pilihanraya.

39. Kawalan kuat kepada media masa, banyak perkara yang disiarkan tidak menyebelahi kerajaan.

40. Pembangunan hendaklah teratur jangan hanya di bandar kawasan kampung pun harus di ambil kira.

41. Memberi ruang kepada calon yang berkaliber.

42. Pemasalahna golongan muda pada hari ini banyak tetapi tidak cukup cara penyelesaiannya mereka merasakan pemimpin hanya pandai beretorik sahaja.

43. Peranan PEMUDA di Negeri, Bahagian dan Cawangan perlulah digerakkan terutama selepas pilihanraya ini sunyi sepi tanpa arah tuju.

44. Penghayatan Rukun Negara harus dititikberatkan.

45. Tubuhkan Koperasi untuk PEMUDA.

46. Perbincangan harus dibuat setiap kali supaya suara-suara akar umbi dapat didengar oleh pihak atasan.

47. PEMUDA perlu dilatih dengan sifat kreatif dalam menyelesaikan masalah.

48. Ramai menteri yang mengunakan jawatan mereka untuk mengayakan diri nya dan kroninya dari memikirkan agenda melayu.

49. Mempertahankan pemimpin UMNO. PEMUDA diberi ruang dalam media untuk meluahkan perasaan.

50. Mencari dan mengkaji isu-isu yang releven bagi membantu kempen Pilihanraya bukan isu-isu yang remeh.

51. Merapatkan diri di setiap peringkat agar mengenali UMNO atau BN (bukan barang naik).

52. PEMUDA diberi kursus Tata Negara, lagu Patriotik seperti anak kecil main api & warisan.

53. Mengatasi perbalahan dan menjurus kepada kecintaan negara.

54. Pembangunan sekolah wawasan harus diteruskan, elakkan membina sekolah mengikut kaum kerana ia akan memecah-belahkan kaum.

55. Kehendak yang tidak dapat dari orang MELAYU.

56. UMNO perlu kembali kepada asal (back to basic).

57. Tiada perhatian dari suara-suara akar umbi.

58. Kembalikan standard PEMUDA dari segi kepimpinan.

59. Pemuda UMNO perlu menguasai internet seperti mana yang dilakukan oleh pembangkang.

60. Koperasi rakyat milik orang MELAYU perlu ditubuhkan lebih banyak.

61. Bukan ahli UMNO sangat marah bila isu UMNO dibangkitkan.

62.  Pemimpin UMNO haruslah seorang yang mempunyai ketulusan.

63. Membuang sifat/sikap ‘lembap’ dalam diri.

64.  Kita perlu memperkuatkan barisan UMNO dahulu agar Barisan National menjadi kuat.

65.  UMNO kena kuat dan berfikir untuk cuba mentadbir sendiri negara ini tidak perlu mengharap bangsa lain.


User Comments

Comment by bahaman on 2008-04-27 23:33:47
Sekalung tahniah buat Pemuda Johor diatas program yang dijalankan tersebut. Semuga rumusan yang dhasilkan menjadi pemangkin kebangkitan suara keramat Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor demi keperkasaan Bangsa Melayu mengharungi cabaran masa depan.

Comment by affendy on 2008-04-28 23:43:10
Tahniah buat Pemuda Johor. Hanya ahli2 UMNO negeri Johor yang kami rasa yang masih berani dan masih terus memperjuangkan agenda UMNO. Rakyat Johor harus berbangga mempunyai Ahli dan ketua2 yang mempunyai jatidiri dalam memperjuangkan nasib bangsa melayu. Saya sangat terharu bila membaca isu2 dan cadangan2 yang dikemukakan diatas. 
 
Bersama ini saya sertakan satu sajak dari Tun kepada bangsa Melayu yang membuat saya menangis dan memberi saya semangat untuk membela nasib bangsa melayu. Wahai ahli2 UMNO, ingatlah jasa2 Tun kepada kita dan jangan sama sekali kita ketepikan Tun dalam sebarang persidangan agenda melayu dan UMNO kerana sayangnya dan perjuangannya untuk Bangsa Melayu terlalu besar. Jangan kita sokong dan biarkan setengah pihak tertentu bertindak untuk menghapuskan jasa2 Tun. Saya memohon kepada UMNO negeri Johor untuk mempertahankan Tun dari dipinggirkan oleh pihak2 ini. Kepercayaan saya hanya UMNO johor saja yang dapat lakukannya. 
 
http://sahabatgunung9506.blogspot.com/2008/04/perjuangan-yang-belum-selesai-oleh-tun.html

Comment by diidgeridoo on 2008-05-01 22:49:05

Comment by diidgeridoo on 2008-05-03 22:17:12
Sultan Johor telah menjemput org-org cina datang kenegeri Johor pada 1800 untuk mengerjakan ladag gambir dan lada hitam, kemudian kerajaan british juga membawa org cina dan india masuk utk lombonh bijih timah dan estet getah. Kemudian Singapura terkeluar dari malaysia. Semua ini dalah sejarah yang tak dapat di lupakan oleh orang melayu malaysia. beratus tahum kemudian kita menaggung akibatnya, kita mengutuk mereka yang tak bertanggungjawab membawa org luar masuk. Kenapa nenek moyang kita tidak berusaha uuntuk membuat satu polisi yang betul???. Kenapa sekarang kita akan buat satu lagi polisi yang menjemput org cina menetao di johor, yang akan berlaku di Iskandar region. Harap sultann Johor sedar kesilapan nenek moyangnya, dan tidak lagi membuat kesilapan yang sama. Daulat Sultan adalah terletak dengan org melayu. Tiada org melayu tiada sultan.Pemuda UMNO take note

Comment by amad on 2008-05-08 12:22:17
kita pun silap..kita tak pikir kita pun mendatang (semua melayu asli melayu????...bukan kita datang dari jawa, sumatra, sulewesi, bintan, riau dll??????? )disini..sebabkan kita pendatang tak rajin...cina dipanggil..jadi kita perlu sedar kita perlu belajar kita perlu bekerja membaiki keadaan....jangan bercakap berapi2 tapi tindakan tiada..... 
kepada diidgeridoo...pandai main diigeridoo ke??? atau guna nama dan tiup angin saja...kita perlu ingat sampai bila melayu nak tinggal disetinggan...??? tempat yang tak terurus. pihak yang tinggal disetinggan pun perlu berfikir jangan ingat ceroboh tanah dan pacak signboard lambang umno mereka akan dapat perlepasan. pihak yang tinggal disetinggan perlu usaha untuk meningkatkan pembangunan sendiri...

Comment by RajaBersiong on 2008-05-11 23:22:01
Akum wrt 
 
Saya terpanggil kepada salah satu agenda untuk:- 
1. Tubuhkan Koperasi untuk PEMUDA. 
2. Koperasi rakyat milik orang MELAYU perlu ditubuhkan lebih banyak.me  
Apa yang difahamkan oleh pihak saya untuk menubuhkan Koperasi setiap ahli perlu membuat bayaran yuran Ahli koperasi sebanyak RM1,000.00 maka dengan itu tujuan serta makluman semua terutama pihak pengurusan "DISKUSI PEMUDA JOHOR"‘Hala Tuju Kepimpinan dan Masa Depan Orang Melayu’ 
anjuran 
Badan Perhubungan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor - JAWATANKUASA INDUK DISKUSI PEMUDA JOHOR PENASIHAT YB Razali Hj Ibrahim pihak saya memiliki Kebenaran daripada BNM dibawah seksen 21(1) Jadual Ketiga akta BANK NEGARA MALAYSIA ingin memberikan kerjasama dengan memberikan pinjaman kepada mana mana yang ingin menjadi ahli koperasi tertakluk kepada terma dan persetujuan daripada pihak Pengurusan Badan Perhubungan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor - JAWATANKUASA INDUK DISKUSI PEMUDA JOHOR PENASIHAT YB Razali Hj Ibrahim 
 
Harap dapat emailkan kepada saya jika terdapat sebarang maklumbalas mengenai perkara tersebut. 
 
Saya Dato' Azaran Bin Abd Kadir berasal dari Muar Johor ingin Berbakti Bukan Untuk Dipuji dan Berjuang Bukan Untuk Dijulang. 
 
Sekian terima kasih.

Please login or register to add comments