Fitnah Internet, SMS perbuatan Khianat PM PDF Print E-mail
Written by Tun Dr Mahathir   
Kata Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi; "Tindakan menyebarkan fitnah dan pembohongan melalui internet dan SMS untuk mewujudkan persepsi negatif rakyat terhadap Kerajaan adalah perbuatan khianat," - Berita Harian 8 Julai, 2008.
pak-lah
Perdana Menteri menegaskan perbuatan itu jelas melanggar prinsip Rukunegara seperti;
1) Kesetiaan kepada Raja dan Negara
2) Keluhuran Perlembagaan
3) Kedaulatan Undang-undang
4) Kesopanan dan Kesusilaan

Dimanakah disebut "Kerajaan" dalam Rukunegara? Atau apakah pada pendapat Dato Seri Abdullah Kerajaan adalah sama dengan Raja dan Negara?

Memang dalam sebuah negara demokratik, mengkritik Kerajaan menjadi satu daripada tanggungjawab parti lawan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), bahkan rakyat biasa. Jika ini dianggap fitnah dan pengkhianatan, lebih baik lagi Kerajaan isytihar pemerintahan kuku besi.

Apakah kritikan dalam internet dan SMS (sistem pesanan mesej ringkas) semuanya pembohongan?

Bohongkah Kerajaan Dato Seri Abdullah berdolak-dalik kata sesuatu hari ini, batalkan hari esok?

Bohongkah Kerajaan rugi satu billion Ringgit apabila batalkan projek jambatan, apabila jual M.V. Agusta yang dibeli dengan harga 70 juta Euro (RM300 juta) dijual dengan harga satu Euro (RM4), kenaikan harga minyak dengan mendadak, kenaikan kos untuk bina landasan kembar berelektrik keretapi daripada RM14 bilion dari Johor Baru ke Padang Besar kepada RM12 billion hanya dari Ipoh ke Padang besar, kekalahan teruk Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum 2008 dan lain-lain.

Yang membohong ialah Kerajaan dengan membuat kenyataan segala-galanya baik dalam negara, semua rakyat sokong Kerajaan, parti UMNO sebulat suara hendak Dato Seri Abdullah kekal sebagai Presiden dan lain-lain.

Jika pembohongan adalah pengkhianatan, maka yang mengkhianati Negara dan Rakyat ialah Kerajaan dengan pemimpinnya.

Jika rakyat melalui saluran yang tidak dikuasai oleh Kerajaan meminta supaya Dato Seri Abdullah berhenti daripada memimpin Kerajaan, mereka bukan buat fitnah. Sebaliknya mereka setia dan sayang Raja dan Negara dan ingin lihat negara ini tidak dibelenggu oleh Kerajaan pimpinan orang yang tidak sedikit pun setia kepada negara, hanya setia kepada diri sendiri dan keluarga.

 

---> Dipetik dari www.chedet.com 


User Comments

Comment by bahaman on 2008-07-10 13:06:30
Dolah BODOHWI haramjadah ni lupekan ke yg dia pernah TIPU kita semua secara LIVE dalam TV3.... kunun2nya anak jantan dia kamaludin bin dolah bin bodohwi tak pernah dapat projek kerajaan sedangkan anak dia lah yg lahap projek petronas lebih RM1 billion. byk lagi yg dolah bohong kat kita.. sial si dolah nii.

Comment by epin on 2008-07-10 13:31:06
Pak lah kena fkir kenapa orang buat fitnah sebab raayat dah meluat cara pemerintahan pak lah.Kalau pak lah belah daripada umno dan ganti orang lain tak ada fitnah kalau penganti PM tahu jaga tutur kata tak berbohong,bijak berfikir macam TDM tak pentingkan Menantu dan keroni maka aman lah Negara Malaysia yang di cintai.KAMI SAYANG NEGARA MALAYSIA BUKAN PAKLAH,KALAU PAKLAH TAHU ORANG TAK SUKA JANGAN BERTANDING PERSIDENT UMNO BAGI ORANG LAIN,MACAM TDM ORANG TAK SUKA DIA LETAK JAWATAN TU LAH PAK LAH MENANG TAUN 2004 TAPI TAHUN 2008 ORANG DAH BENCI APA LAGI BELAH LAH,

Comment by ajai62 on 2008-07-10 21:05:14
 
Salam 
 
"Tindakan menyebarkan fitnah dan pembohongan melalui internet dan SMS untuk mewujudkan persepsi negatif rakyat terhadap Kerajaan adalah perbuatan khianat," - Berita Harian 
 
Perdana Menteri menegaskan perbuatan itu jelas melanggar prinsip Rukunegara seperti; 
1) Kesetiaan kepada Raja dan Negara ( Tanya PakLah bukan kah dia yang tak setia dengan Sultan Kedah dan Terangganu dalam kes perlantikan MB...Bukankah dia dan menterinya menyerahkan Pedra Bianca pada Spork dangan kerjasama ICJ) 
2) Keluhuran Perlembagaan ( Tanya Pak Lah betul kah Perlembagaan Malaysia dia pertahankan...Kontrak sosial pun dah bole di pertikaikan oleh Majlis Peguam yang di banggakan oleh Pak Lah sendiri...dia terus diam membisu...Tanya lagi...Perlembagaan UMNO dia ikuti atau tidak...???? 
3) Kedaulatan Undang-undang ( Malas nak cakap kes ex-gratia tu pun tak ikut prosedor...kerana hakim2 tu masih lagi didapati bersalah...kerana Tribunal finding masih kekal...banyak lagi yang masih belum terjawab tentang persoalan yang mantan PM kita utarakan...bila dia nak jawab? ) 
4) Kesopanan dan Kesusilaan ( Tanya Pak Lah adakah budaya menggugut keatas ahli UMNO dan tekanan hidup ke atas rakyat di waktu ini merupakan kesopanan dan kesusilaan yang dia belajar dari keluarga dia...kalau dah selalu cakap bohong tu namanya tak sopanlah...Tido dalam majlis tu sopan ke...?) 
 
Jangan salah kan rakyat bila pemimpin yang ada tak di sokong...Rakyat menilai dari kata2 dan perbuatan pemimpin itu sendiri...Tulah mengata dulang paku serpih mengata rakyat sendiri yang lebih...Sudah-sudahlah mengeluarkan pendapat yang menyalahkan rakyat....Tanpa rakyat awak tu siapa...????? 
 
Wasalam 

Comment by ajai62 on 2008-07-10 21:06:23
Salam 
 
Maaf ya Sultan Perlis.....bukan Sultan Kedah...

Comment by spybullet on 2008-07-10 23:51:30
Dalam blog ni pun banyak fitnah. Tutup je blog ni.

Please login or register to add comments